Bung Moktar angkat sumpah Ahli Parlimen bagi penggal kelima

Bung Moktar angkat sumpah Ahli Parlimen bagi penggal kelima

Kuala Lumpur: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen berikutan kemenangannya mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), bulan lalu.

Ini adalah penggal kelima Ketua UMNO Sabah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu sebagai Ahli Parlimen sejak kali pertama memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan pada 1999.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah adalah antara 222 orang ahli Parlimen yang mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat yang baharu dilantik, Datuk Johari Abdul.

Beliau juga adalah antara tujuh Ahli Parlimen BN dari Sabah dan 25 Ahli Parlimen dari Sabah, termasuk enam dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS), PH (lima) WARISAN (tiga), KDM (satu), Bebas (dua) dan PN (satu).

Majlis angkat sumpah itu didahului Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diikuti dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petrajaya Datuk Seri Fadillah Yusof disusuli oleh Ahli Parlimen yang lain.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|