Pesawat TUDM terbang rendah, orang ramai tidak perlu cemas

Pesawat TUDM terbang rendah, orang ramai tidak perlu cemas

Kota Kinabalu: Orang ramai di sekitar Tawau, Lahad Datu, Kuala Penyu dan Labuan tidak perlu cemas dan risau apabila melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah, bermula esok hingga 8 Oktober depan.

TUDM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, ia adalah Latihan Operation (TACOP) bagi Siri 2/22.

“Sepanjang latihan dijalankan, pesawat – pesawat milik TUDM akan melaksanakan latihan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan sekitar Tawau, Lahad Datu, Kuala Penyu dan Labuan.

“Pelaksanaan latihan ini adalah bertujuan menguji serta memastikan tahap kesiagaan anak kapal dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak cemas dan risau ketika latihan itu dijalankan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|