Beluran: Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika memukat ikan di muara sungai Kampung Obah, Paitan, di sini, ditemui, hari ini.
Mayat Arasin Atang, 56, ditemui oleh orang awam dengan keadaan tubuhnya yang tidak sempurna, jam 8.10 pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ke-2 menggunakan bot penyelamat dari Jeti Muara pekan Beluran, bergerak ke lokasi kejadian menyusuri sungai.
Katanya, setibanya pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran di tempat kejadian, pihak polis memaklumkan bahawa mangsa sudah ditemui oleh orang awam jam 8.10 pagi.
“Mangsa ditemui oleh orang awam di kawasan mangsa dilaporkan hilang dengan keadaan tubuhnya yang tidak sempurna.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindalan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, operasi ditamatkan pada 11.20 pagi.
-Deasoka