Kota Kinabalu: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berlangsung empat hari bermula Isnin depan selepas pembukaan rasmi disempurnakan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, hari ini.
Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Sabah Ke-16 itu berlangsung di Bangunan DUN Sabah pagi tadi.
Tun Juhar turut menyampaikan ucapan dasar kerajaan negeri yang akan dibahaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sepanjang persidangan minggu depan.
Istiadat berkenaan turut disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan tiga timbalannya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk DrJeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam.
Hadir sama Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya.
-Deasoka