Persidangan DUN: Pelbagai program pembangunan masyarakat berimpak tinggi dilaksanakan KPMKR

Persidangan DUN: Pelbagai program pembangunan masyarakat berimpak tinggi dilaksanakan KPMKR

Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) melaksanakan pelbagai program pembangunan masyarakat berimpak tinggi sejak tahun tahun lalu.

Menterinya, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, antaranya ialah Program Homeward yang dijalankan untuk golongan sasar sakit terlantar.

Menurut beliau, setakat ini, bilangan pesakit terlantar yang telah dibantu adalah seramai 378 orang.

“Bagi tahun 2022, program berimpak tinggi kementerian saya iaitu Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK) adalah tertumpu kepada kanak-kanak di luar bandar atau pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan asas pembelajaran awal.

“Oleh itu, PPKK yang merupakan program pembangunan di bawah Inisiatif Flagship Sabah Maju Jaya (SMJ) akan diteruskan pada 2023 dengan mewujudkan dua buah lagi PPKK di luar bandar atau pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Belanjawan Sabah 2023 bagi kementeriannta pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, menjelang akhir tahun ini, dijangka terdapat tambahan dua buah lagi PPKK.

Jelasnya, ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 37 buah PPKK yang akan beroperasi sepenuhnya dengan bilangan kanak-kanak berdaftar seramai 1,264 orang.

Di samping itu, Shahelmey berkata, pihaknya juga berusaha meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kepada golongan sasar dengan merakyatkan perkhidmatan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|