Lapan rumah, sekolah rosak dibadai angin kencang

Lapan rumah, sekolah rosak dibadai angin kencang

Kota Kinabalu: Sekurang-kurangnya lapan rumah di Kampung Lobong, di sini, rosak teruk selepas dilanda hujan ribut dan angin kencang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, beberapa kemudahan termasuk jambatan di kampung berkenaan turut dilaporkan runtuh.

Keadaan SMK Pulau Gaya yang rosak akibat angin kencang, petang tadi.

Manakala kejadian turut menyebabkan bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya rosak selepas atap beberapa bilik darjahnya diterbangkan angin kencang.

Selain itu, kejadian turut menjejaskan sebahagian struktur Balai Polis Pulau Gaya yang terletak berhampiran kampung berkenaan.

Penghuni menyelamatkan harta benda selepas rumah mereka roboh akibat angin kencang.

Bagaimanapun, kejadian kali ini tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kematian dilaporkan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan jam 3 petang tadi turut mengeluarkan amaran waspada.

Menurut kenyataan berkenaan, cuaca buruk melibatkan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir itu dijangka akan berterusan sehingga Sabtu ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|