Persidangan DUN: DUN Sabah lulus RUU perbekalan 2023

Persidangan DUN: DUN Sabah lulus RUU perbekalan 2023

Kota Kinabalu: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Belanjawan Sabah 2023 berjumlah RM5.138 bilion.

Belanjawan terbesar dalam perbelanjaan negeri itu dibentangkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada Jumaat lalu.

Bacaan kedua dan ketiga Rang Undang-Undang (RUU) perbekalan berkaitan belanjawan berkenaan hari ini dipersetujui sebulat suara semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir.

Ia membabitkan kelulusan wang berjumlah RM4,910,768,828 untuk perbelanjaan negeri pada tahun depan.

Selain usul belanjawan, turut diluluskan ialah RUU Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan 2022) Untuk Penambahan Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Badan Profesional Perakaunan Negeri Sabah.

Satu lagi ialah RUU Pindaan Enakmen Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Covid-19 (No 5 Tahun 2020).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|