Persidangan DUN: 40 PPDK dibuka di seluruh negeri

Persidangan DUN: 40 PPDK dibuka di seluruh negeri

Kota Kinabalu: Pusat Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) diwujudkan untuk kemudahan kanak-kanak istimewa (OKU) tanpa mengambil kira sama ada di luar bandar atau dalam bandar.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng berkata, setakat ini, terdapat 40 buah PPDK yang telah diwujudkan.

Beliau berkata, adalah dalam perancangan bahawa sekurang-kurangnya satu PPDK dibuka di setiap daerah bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada golongan OKU.

“Bilangan OKU yang berdaftar di PPDK seluruh Sabah setakat 25 November 2022 adalah seramai 2,313 orang.

“Untuk makluman, Kerajaan Negeri Sabah telah menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000.00 dalam Belanjawan 2023 melalui inisiatif Kementerian saya untuk PPDK di seluruh Negeri.

“Iaitu peruntukan sebanyak RM5,000.00 setiap PPDK bagi meringankan bebanan kos mengurus OKU ke arah kesejahteraan rakyat,” katanya pada persidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Datuk Amisah Yassin (Bersatu – ADUN Dilantik) mengenai rancangan mendirikan fasiliti khas untuk kanak-kanak istimewa, khususnya di luar bandar.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|