Perkampungan kraf tarikan baharu di Keningau

Perkampungan kraf tarikan baharu di Keningau

Keningau: Perkampungan Kraf Pusat Kraftangan Sabah, di sini, bakal menjadi tarikan pelancongan terbaharu di daerah ini.

Pengarah Yayasan Sabah yang juga Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB), Datuk Gulam Haidar Khan Bahadar, ia juga memberi peluang kepada pengusaha kraf untuk mempromosi produk kraf tempatan.

Gulam (keempat kanan) dan Abdul Halim (keempat kiri) pada pelancaran Perkampungan Kraf di Keningau.

“Dengan adanya Perkampungan Kraf tersebut, para usahawan kraf seliaan Pusat Kraftangan Sabah dapat mempromosi dan menjual kraf tangan etnik masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perkampungan Kraf di Pusat Kraftangan Sabah yang dikendalikan Yayasan Sabah itu dibuka pada 28 September lalu.

Pembukaannya disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik) Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), Abdul Halim Hamzah.

Gulam berkata, program Perkampungan Kraf itu adalah antara komponen dalam Program Rural Integrated Craft Heritage (RICH) yang dikendalikan oleh Pusat Kraftangan Sabah di bawah Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah.

Program itu, katanya memfokuskan ke arah pemantapan nilai-nilai usahawan dalam diri para peserta Perkampungan Kraf.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|