Perbicaraan Ebit Lew bersambung hari ini

Perbicaraan Ebit Lew bersambung hari ini

Tenom: Perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew bersambung pagi ini di Mahkamah Majistret Tenom, di sini.

Ebit, 37, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim tiba di pekarangan mahkamah pada jam 10.15 pagi tadi dengan berbaju ‘maroon’ serta berseluar hitam.

Ebit Lew tiba di Mahkamah Majistret Tenom, pagi ini.

Perbicaraan bersambung selepas ditangguhkan pada jam 4.30 petang semalam.

Semalam, mahkamah mendengar saksi pertama pendakwaan iaitu seorang penceramah motivasi, Mohd Fairuz Abu, 37.

Perbicaraan berkenaan berlangsung selama empat hari dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri, Nur Masrin Amalia.

Ebit pula diwakili barisan peguamnya iaitu Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Pendakwah berkenaan berdepan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|