Peranan wanita, elemen penting dalam perkukuhkan jentera BN – Raime

Peranan wanita, elemen penting dalam perkukuhkan jentera BN – Raime

Kota Kinabalu: Peranan pergerakan wanita dalam Barisan Nasional (BN) amat penting dalam memastikan parti itu sentiasa menjadi pilihan pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Penerangan BN Negeri, Datuk Raime Unggi berkata, wanita sememangnya menjadi tulang belakang dalam menentukan kekuatan dan menggerakkan parti.

Raime bersama anggota pergerakan wanita BN pada Pra Konvensyen Wanita BN Sabah.

Malah katanya, pembabitan wanita bukan saja menjurus kepada soal parti tetapi juga lebih kepada mendekati rakyat dan pengundi di luar sana.

“Wanita BN perlu perlu mencari pendekatan terbaik yang sudah pasti berbeza berbanding sebelum ini, bila mana suasana politik yang begitu dinamik pada hari ini.

“Wanita boleh mendekati masyarakat termasuk sebagai ahli kepada badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang banyak di luar sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pra Konvensyen Wanita Barisan Nasional Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid, Ketua Wanita MCA Sabah, Dr Pamela Yong dan beberapa lagi ketua wanita parti gabungan BN Sabah.

Raime berkata, semua pihak termasuk jentera wanita BN perlu menyusun jentera dan struktur untuk mengambil balik tampuk pimpinan kerajaan yang hari ini tidak begitu stabil.

“Saya berharap kekuatan jentera wanita BN sabah ini dapat diperkukuhkan melalui pra Konvensyen ini.

“Saya difahamkan, beberapa isu yang disuarakan dalam konvensyen hari ini akan dibawa ke peringkat nasional yang akan diadakan pada 14 Ogos nanti,”katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|