Penunggang motosikal maut bertembung kereta

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

Papar: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah Perodua Kenari dalam kejadian di Kilometer 10, Jalan Papar-Beaufort, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.40 petang itu, mangsa berusia 43 tahun terbabit dikatakan cuba memotong sebuah lagi kenderaan di hadapannya dengan memasuki laluan bertentangan.

Pasukan polis trafik menjalankan pemeriksaan di lokasi kemalangan di Kilometer 10, Jalan Papar – Beaufort, Papar.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai gagal kembali ke laluan asal sehingga menyebabkan pemandu Perodua Kenari berusia 28 tahun gagal mengelak dan terus merempuhnya.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang bergerak dari Kimanis menuju ke pekan Papar.

Keadaan kemalangan membabitkan motosikal dan Perodua Kenari di Kilometer 10, Jalan Papar – Beaufort, Papar.

Manakala katanya, pemandu Perodua Kenari pula bergerak dari arah Kota Kinabalu menuju ke daerah Sipitang.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan yang berada dihadapannya dan memasuki lorong bertentangan.

“Namun disebabkan jarak kedua-dua kenderaan terlalu hampir, pemandu kenderaan Perodua Kenari tidak sempat mengelak dan terus merempuh motosikal mangsa,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Kamaruddin berkata, akibat perlanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Papar.

“siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|