Penubuhan kerajaan perpaduan harus bersifat inklusif – KDM

Penubuhan kerajaan perpaduan harus bersifat inklusif – KDM

Kota Kinabalu: Penubuhan kerajaan perpaduan harus bersifat inklusif dan turut melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak.

Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony berkata, ia bagi memastikan negara mampu untuk maju ke hadapan.

“Parti KDM juga berpendirian bahawa penubuhan kerajaan perpaduan haruslah bersifat inklusif dan turut melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak.

“Bagi memastikan negara maju ke hadapan, kita mesti mempunyai kestabilan politik demi menjamin pembangunan ekonomi ke arah kemakmuran dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, KDM berpendirian bahawa perlu untuk pembentukkan Kerajaan Persekutuan yang stabil demi kepentingan negara.

“Oleh itu, semua Ahli Majlis Tertinggi Parti KDM senada untuk akur kepada apa sahaja keputusan dan nasihat Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong untuk mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya.

Terdahulu, YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi kenyataan rasmi telah memaklumkan lantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|