Belanjawan Sabah 2023 dibentang esok

Belanjawan Sabah 2023 dibentang esok

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Menteri Kewangan Negeri hari ini membuat semakin terakhir Belanjawan Negeri Sabah 2023 yang akan dibentangnya pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16, esok.

Semakan akhir isi belanjawan itu dilakukan di pejabatnya di Kementerian Kewangan Negeri, di sini.

Turut bersama Hajiji ialah Menteri Kewangan Ke-2, Datuk Seri Masidi Manjun; Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Jasnih Daya dan Datuk Julitah Mojungki; Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair; Penasihat Khas Ketua Menteri (Kewangan dan Ekonomi), Datuk Peter Thien dan Jawatankuasa Bajet Negeri.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|