PBS patuh keputusan Agong, GRS dan PN

PBS patuh keputusan Agong, GRS dan PN

Kota Kinabalu: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengulangi keputusan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Perikatan Nasional (PN) menyokong penubuhan Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik negara.

Presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, pihaknya juga akur dengan keputusan Yang Di-Pertuan Agong bagi menyelesaikan ketidakstabilan politik susulan kerajaan tergantung selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Negara memerlukan kerajaan yang cepat, dan kami, di PBS, mematuhi keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, GRS dan PN untuk memastikan pentadbiran yang harmoni, adil dan stabil,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|