Penolong Pengarah Kanan ditahan minta rasuah RM10,000

Penolong Pengarah Kanan ditahan minta rasuah RM10,000

Kota Kinabalu: Seorang Penolong Pengarah Kanan, sebuah jabatan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana dipercayai meminta RM10,000 daripada orang awam bagi mempercepat urusan pengeluaran surat tawaran tanah melibatkan pekebun kecil.

Menurut sumber, Penolong Pengarah Kanan terbabit ditahan pegawai SPRM pada kira-kira jam 3 petang hari ini di pejabatnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat pada esok.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 (ASPRM 2009),” katanya.

Sementara itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa lagi tangkapan susulan akan dijalankan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|