Lelaki maut, kereta terjunam dalam sungai

Lelaki maut, kereta terjunam dalam sungai

Beluran: Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Iswara yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Memanjang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Kahar dikatakan hanya ditemui selepas lebih dua jam di dalam kenderaannya yang terperangkap di dasar sungai berkenaan.

Kereta dinaiki mangsa terjunam ke dalam Sungai Memanjang, Beluran. Pix Ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.17 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera serta bersama Fire Response Vehicle (FRV) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik ditemui di dasar sungai, pasukan Bomba bersama agensi lain terus berusaha mengeluarkan kenderaan mangsa menggunakan peralatan tali menyelamat serta bantuan dari jentera jengkaut.

“Mangsa ditemui tidak sedarkan di dalam kenderaan pada jam 4.40 petang kira-kira 35 meter dari lokasi kenderaan dikatakan terjatuh,”
Katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan Bomba kemudiannya membuat pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain dan operasi ditamatkan pada jam 4.50 petang,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|