Penjawat awam Sabah terima bonus RM500

Penjawat awam Sabah terima bonus RM500

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pemberian bonus RM500 kepada penjawat awam negeri sempena sambutan Aidilfitri dan Tadau Kaamatan, bulan depan.

Pemberian bonus berkenaan yang akan dibayar sebelum sambutan Aidilfitri diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada majlis penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 200 ketua isi rumah (KIR) mangsa kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Jalan Apas, Tawau, pagi tadi.

Katanya, bonus berkenaan akan dibayar kepada penjawat awam dalam kategori Gred 54 dan ke bawah.

Pesara kerajaan negeri katanya turut menerima separuh daripada jumlah berkenaan.

Semalam, kerajaan Pusat mengumumkan pemberian dengan jumlah yang sama kepada kakitangan dan pesara awam persekutuan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|