Penjawat awam ditemui meninggal dunia di pejabat

Penjawat awam ditemui meninggal dunia di pejabat

Kota Kinabalu: Seorang penjawat awam ditemui meninggal dunia di dalam bilik sebuah pejabat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di Jalan UMS, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu disedari oleh kakitangan jabatan berkenaan sebelum bertindak menghubungi pihak berkuasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 8.42 pagi.

Katanya, sepasukan bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bergegas ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba mendapati benar seorang mangsa lelaki berusia 38 tahun tidak sedarkan diri di dalam bilik pejabat.

“Bilik pejabat mangsa kemudian dibuka oleh kakitangan jabatan berkenaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 9.22 pagi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|