Penghantar kurier maut langgar kerbau

Penghantar kurier maut langgar kerbau

Lahad Datu: Seorang pekerja syarikat penghantaran kurier maut selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar seekor kerbau yang melintas dalam kejadian di Jalan Felda Sahabat 6, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, mangsa lelaki berusia 22 yang cedera parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pasukan polis yang menjalankan siastaan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 dikatakan datang dari arah Felda Sahabat 7 menuju ke ke Felda Sahabat 2.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa terlanggar seekor kerbau daripada tiga ekor kerbau yang melintas jalan di bahu kanan jalan berkenaan.

“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala motosikalnya mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Rohan berkata, siasatan diteruskan dan saksi kejadian adalah dua rakan mangsa yang menunggang motosikal yang lain ketika itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mana-mana individu boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) lahad Datu di talian 089-881255 sambungan 414 untuk membantu siasatan.

“Sehubungan itu, saya nasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya sedia ada serta senantiasa mengamalkan sikap sabar dan berhati-hati ketika memandu,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|