Penduduk kampung jalani pemeriksaan kesihatan percuma di Kiulu

Kiulu: Seramai 60 penduduk kampung tampil memanfaatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma sempena program jangkauan luar anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah di Kampung Tapatau, di sini, hari ini.

Mereka adalah penduduk dari Kampung Tapatau, Rungus Penansawa, Lokub, Nulu, Ratau dan Kampung Lubok.

Joniston menemui penduduk kampung yang tampil mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma melalui program jangkauan luar Persatuan Bulan Sabit Merah di Kiulu.

Program berkenaan turut dihadiri Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai.

Selain pemeriksaan kesihatan, program berkenaan turut menyediakan suntikan vaksin Covid-19.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Tuaran, Kevin Lo, berkata seramai 22 penduduk kampung dilatih sebagai sukarelawan Bulan Sabit Merah untuk menyelaras program jangkauan luar di daerah kecil ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|