Pendakwah terkenal didakwa di Mahkamah Litar Tenom

Pendakwah terkenal didakwa di Mahkamah Litar Tenom

Tenom: Pendakwah terkenal, Ebit Lew, hari ini dihadapkan ke mahkamah di Tenom, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

Ebit hadir di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom.

Ebit, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.

Sementara itu, perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal pihak polis sejak awal pagi tadi.

Ebit menuju masuk ke Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.

Difahamkan, Ebit kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|