Pendaki Gunung Kinabalu cedera diselamatkan

Pendaki Gunung Kinabalu cedera diselamatkan

Ranau: Seorang pendaki diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) selepas mengalami kecederaan ketika menuruni gunung di kawasan kilometer 8.5, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, lelaki berusia 29 tahun terbabit dilaporkan mengalami kecederaan bengkak di buku lali terpaksa dibawa turun untuk mendapatkan rawatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.45 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 18 anggota dan pegawai termasuk Mosar serta malim gunung dan anggota Taman-Taman Sabah (TTS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi mangsa, pasukan Mosar terus memberikan rawatan awal bagi memastikan mangsa dalam keadaan stabil dan selamat.

“Mangsa kemudiannya dibawa turun ke ‘Timpohon Gate’ menggunakan ke Robinson Strecher oleh pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dihantar pasukan EMRS ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.42 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|