Pendaki Gunung Kinabalu alami kekejangan otot, hipotermia diselamatkan

Pendaki Gunung Kinabalu alami kekejangan otot, hipotermia diselamatkan

Ranau: Keadaan cuaca yang sejuk tidak menghalang Pasukan Bomba Bantuan (PBB) Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) untuk membawa turun seorang wanita yang mengalami kekejangan otot dan kesejukan melampau (hipotermia) ketika menuruni Gunung Kinabalu, pagi tadi.

Mangsa berusia 40 tahun dibawa turun dari Sick Bay Panalaban ke Timpohon Gate.

Mangsa yang tiba di Timpohon Gate terus dibawa ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut. Pix Ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung situasi seorang wanita warga tempatan mengalami kekejangan otot dan hipotermia, pada jam 4.18 pagi.

Katanya, sepasukan MOSAR kemudian bergegas ke lokasi kejadian sebelum memberi rawatan awal dengan bantuan oksigen.

“Mangsa diberikan rawatan awal dengan bantuan oksigen bagi memastikan suhu badannya kembali normal.

“Seterusnya mangsa diusung menggunakan ‘robinson stretcher’ ke Timpohon Gate oleh pasukan MOSAR,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau membawa mangsa ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.

“Sebaik mangsa dibawa ke hospital, operasi ditamatkan jam 4.05 petang,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|