Satu maut, dua parah dalam nahas

Satu maut, dua parah dalam nahas

Keningau: Seorang maut manakala dua lagi parah selepas dua kenderaan membabitkan Proton Persona dan sebuah lagi lori bertembung dalam kejadian di Pekan Sook, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.49 petang.

Pasukan Bomba membantu mengeluarkan mangsa sebelum memberikan rawatan awal. Pix Ihsan Bomba

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu dan kelindan lori mengalami parah dan terus dibawa ke hospital oleh pihak Ambulans.

Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan lanjut di tempat kejadian.

“Manakala pemandu Proton Persona disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir membantu di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.08 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|