Pencerobohan gereja, lelaki kurang siuman ditahan

Pencerobohan gereja, lelaki kurang siuman ditahan

Keningau: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian pecah masuk Gereja Katedral St Francis Xavier, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Polis Nor Rafidah Kasim berkata, siasatan awal nendapati, suspek berusia 34 tahun yang ditahan terbabit dipercayai kurang siuman.

Nor Rafidah menjalankan pemeriksaan di lokasi sebuah gereja yang dimasuki individu tidak dikenali hingga menyebabkan kerosakan

Katanya, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek juga didapati negatif daripada sebarang unsur dadah.

“Suspek dan barang rampasan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Nor Rafidah berkata, siasatan awal mendapati kejadian yang berlaku jam 7.30 pagi itu menyebabkan kerosakan pada dua patung dan sebuah salib dijatuhkan.

Katanya, siasatan turut mendapati gereja berkenaan berpagar tetapi tidak berkunci dan sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga tidak berfungsi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|