PEMASSA terima sumbangan pelitup muka

PEMASSA terima sumbangan pelitup muka

Sandakan: Persatuan Media Sandakan Sabah (PEMASSA) menerima sumbangan pelitup muka dari Ketua Masyarakat Cina Gum-Gum Kapitan Johnny Yek Ing Hook, kelmarin.

Sumbangan berkenaan adalah pemberian kali kedua yang diedarkan kepada ahli-ahli PEMASSA dalam tempoh setahun sejak pandemik Covid-19.

Ia disampaikan kepada pengerusi PEMASSA James Leong Tshun Kian di pejabatnya.

Yek menegaskan sumbangan berkenaan adalah sebagai menghargai peranan serta pengorbanan pengamal media di Sandakan dalam melaksanakan tugasan di barisan hadapan sepanjang pandemik ini.

Sementara itu, James yang juga Kapitan Elopura, mengucapkan terima kasih kepada Yek atas sumbangan yang diberikan..

Katanya, pelitup muka yang diterima dari penyumbang akan diagihkan untuk kegunaan ahli-ahli PEMASSA dan juga pengamal media lain di daerah ini.

“Pada November lalu, PEMASSA turut mengagihkan 36 kotak pelitup muka kepada Persatuan Wartawan Sabah (SJA) di Kota Kinabalu untuk ahli-ahli SJA.

“Terima kasih kepada wakil-wakil rakyat, ahli perniagaan dan individu lain yang sentiada membantu ahli-ahli PEMASSA semasa pandemik Covid-19,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|