PEMASSA sampaikan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan

PEMASSA sampaikan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan

Sandakan: Persatuan Media Sandakan Sabah (PEMASSA) menyampaikan sumbangan makanan kepada golongan yang kurang berkemampuan, baru-baru ini.

Bantuan berkenaan disampaikan Pengerusi PEMASSA, James Leong Tshun Kian di Pusat Penjagaan Anak -Anak Yatim dan Miskin Al-Yakin.

Sumbangan turut disampaikan kepada dan enam keluarga pekerja pusat perlindungan binatang terbiar.

James berkata, PEMASSA berharap sumbangan makanan berkenaan dapat sedikit sebanyak membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Katanya, golongan itu sudah pasti banyak terkesan dengan impak pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

“PEMASSA juga mengadakan program penyampaian baucer makanan kepada seramai 34 orang ahli persatuan.

“PEMASSA mengambil berat kebajikan ahlinya dan beberapa inisiatif juga dilaksanakan bagi bantu meringankan beban mereka sepanjang penularan wabak ini,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

James berkata, pihaknya juga berharap akan dapat menyampaikan bantuan seumpama ini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|