Pemandu tersepit langgar lori sampah

Pemandu tersepit langgar lori sampah

Kota Kinabalu: Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila tersepit selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya terlanggar lori sampah di Jalan Lintas, berhadapan Metro Town, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.16 pagi sebelum sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama sepuluh anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Keadaan mangsa yang separuh sedar tersepit sebelum dikeluarkan pasukan bomba.

Katanya, sebaik tiba di lokasi mendapati pihak kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Kancil terlanggar bahagian belakang sebuah lori sampah.

“Terdapat seorang lelaki dalam keadaan separuh sedar tersepit dan pasukan bomba segera mengeluarkan mangsa.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta selepas terlanggar bahagian belakang lori sampah.

“Mangsa berusia 59 tahun kemudian diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, operasi tamat jam 6.33 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|