Lelaki cedera sempat diselamatkan sebelum kereta terbakar

Lelaki cedera sempat diselamatkan sebelum kereta terbakar

Labuan: Seorang lelaki yang cedera sempat diselamat sebelum kenderaan yang dinaikinya terbakar dalam kejadian di Jalan Gukawe, Wong Wo Lo, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa sempat di bawa ke hospital oleh orang awam yang berada di lokasi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Labuan) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.23 pagi berhubung kejadian itu.

“Terdapat sebuah kereta jenis Mitsubishi ASX terbakar 100 peratus dan terdapat seorang mangsa lelaki dewasa cedera.

“Mangsa dalam keadaan separuh sedar dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum kebakaran berlaku,” katanya.

Katanya, opetasi kemudian ditamatkan selepas kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|