Pemandu selamat, kereta musnah terbakar

Pemandu selamat, kereta musnah terbakar

Kota Kinabalu: Seorang lelaki sempat keluar dari kenderaan dipandunya sebelum kenderaan berkenaan terbakar di Jalan Tun Fuad, berhampiran Wisma Pelabuhan, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.32 pagi.

Pasukan bomba memadam kebakaran membabitkan kenderaan Isuzu Invader. Pix Ihsan Bomba

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, dikerah ke lokasi kejadian.

“Kenderaan berkenaan didapati terbakar 90 peratus dan api berjaya dikawal jam 11.47 pagi menggunakan satu aliran dari jentera dan satu unit pam dari Rapid Intervension Motorcycle (RIM).

“Operasi menyelamat tamat 11.50 pagi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|