Pemandu, penumpang van maut nahas tiga kenderaan

Pemandu, penumpang van maut nahas tiga kenderaan

Beluran: Seorang pemandu dan penumpang van maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Telupid – Beluran, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, Jamil Matesair, 38, dan Jumiani Tumanan, 31, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Keadaan van yang terbabit kemalangan di Jalan Telupid – Beluran

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Myvi, van dan lori treler.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati Perodua Myvi dari Telupid menghala ke Sandakan manakala van dari arah bertentangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi cuba untuk memotong sebuah treler di hadapan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bergesel dengan van.

“Van kemudian hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan terlanggar terlanggar lori treler di bahagian tayar sebelah kanan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, impak pelanggaran itu menyebabkan pemandu dan penumpang van mengalami kecederaan parah dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun pemandu dan penumpang disahkan meninggal dunia selepas beberapa jam menerima rawatan di hospital.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

-Deasoka

tamat

  1. .
  2. Lokasi kemalangan yang mengorbankan pemandu dan penumpang van.

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|