Pemandu parah rempuh lori muatan sawit

Pemandu parah rempuh lori muatan sawit

Keningau: Seorang pemandu lelaki parah selepas kenderaan dipandunya merempuh belakang sebuah lori membawa muatan buah sawit dalam kejadian di Pekan Sook, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa berusia 66 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang parah daripada tempat duduk hadapan kenderaan. Pix Ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima makluman penemuan berkenaan pada jam 6.05 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera kemudiannya dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

Mangsa dihantar mendapatkan rawatan lanjut di hospital menggunakan kenderaan polis. Pix Ihsan Bomba

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang memandu Proton Wira masih berada di tempat duduk hadapan kenderaan dalam keadaan cedera parah.

“Pasukan bomba kemudiannya dibantu dikeluarkan daripada dalam kenderaan menggunakan peralatan ‘Cervical Colar’ dan ‘scoop stretcher’,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala terus dihantar ke hospital menggunakan kenderaan polis.

Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.50 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|