Pemandu parah, dua penumpang cedera kenderaan bertembung lori tangki

Pemandu parah, dua penumpang cedera kenderaan bertembung lori tangki

Ranau: Seorang parah manakala dua lagi cedere selepas kenderaan yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki dalam kejadian di Jalan Ranau, berhampiran Sabah Tea, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, mangsa yang parah adalah pemandu pacuan empat roda Isuzu D Max berusia 48 tahun selepas kenderaan dipandunya terbalik di atas jalan.

Pemandu Isuzu D Max parah selepas kenderaan dipandunya terbalik di atas jalan akibat bertembung dengan sebuah lori tangki.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.54 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, ketiga-tiga mangsa didapati sudah berjaya keluar sendiri dari kenderaan Isuzu D Max berkenaan.

“Pasukan bomba terus memberikan rawatan awal kepada semua mangsa cedera,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Ranau menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan tindakan selanjutnya bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.36 pagi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|