Pemandu maut, kereta terbabas masuk parit

Pemandu maut, kereta terbabas masuk parit

Labuan: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas masuk ke dalam parit di tepi jalan berhampiran Masjid Sungai Labu, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah yang dialami.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan KKM.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Wilayah Persekutuan Labuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.27 pagi.

Katanya, seramai lapan pegawai dan anggota bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian serta dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kereta Perodua Viva yang dipandu mangsa terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam parit berhampiran Masjid Sungai Labu, Labuan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Viva yang terbabas sendiri.

“Pemandu kereta terbabit kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai KKM yang hadir membantu,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 7.48 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|