Pemancing hilang di laut, seorang sudah ditemui

Lahad Datu: Seorang daripada dua pemancing yang dilaporkan hilang di kawasan Pantai Makuau, di sini sejak Khamis lalu ditemui meninggal dunia, semalam.

Mangsa berusia 27 tahun itu ditemui terapung di kawasan berhampiran pantai oleh orang awam yang kemudiannya membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.22 malam.

Katanya, sepasukan tiga anggota dan pegawai bersama van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi akan diteruskan hari ini bagi mencari seorang lagi mangsa berusia 35 tahun yang masih hilang.

“Pasukan bomba akan mendapatkan maklumat seterusnya untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sepanjang pantai,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|