Pelupusan barang kes Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau

Pelupusan barang kes Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau

Tawau: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau melupuskan barang kes membabitkan 223 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan dari tahun 2014 hingga 2022.

Pelupusan membabitkan tiga fasa sejak Rabu lalu itu dijangka akan berlangsung sehingga 12 September depan.

Jasmin hadir ketika proses pelupusan barang kes di Kilang Papan Sheerword Sdn Bhd, Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pelupusan barang kes fasa pertama melibatkan elemen Op Dadu dan Op Noda serta barang kes yang membabitkan senjata api dan senjata berjadual.

Manakala katanya, fasa kedua pelupusan barang kes pula telah dijalankan di Tapak Pelupusan Kilang Papan Sheerword Sdn Bhd.

Antara barang kes yang dilupuskan.

“Fasa ketiga yang dijangka dijalankan pada 12 September libatkan barang kes berbentuk wang tunai akan diserahkan ke Unit Kewangan mewakili Perbendaharaan Negara di Kaunter Kewangan IPD Tawau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Barang kes dilupuskan di Tapak Pelupusan Kilang Papan Sheerword Sdn Bhd, Tawau.

Beliau yang turut hadir sama menyaksikan proses pelupusan barang kes berkenaan berkata, semua barang kes yang dilupuskan telah mendapat perintah pelupusan daripada mahkamah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|