Pejabat Kebajikan Matunggong kesan waris bayi

Pejabat Kebajikan Matunggong kesan waris bayi

Kota Kinabalu: Pejabat Kebajikan Matunggong, Kudat, memohon bantuan orang ramai untuk mengesan ibu kandung atau waris seorang bayi perempuan berusia dua bulan yang ditinggalkan sejak 28 April lalu.

Bayi terbabit, Thyana Ashley ditinggalkan oleh ibu kandungnya kepada seorang individu yang juga pengadu di perhentian bas berhampiran sebuah sekolah di Tinangol, Kudat.

Pelindung dari Pejabat Kebajikan Daerah Matunggong, Connie Jikisoi berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengesan keluarga atau waris kanak-kanak yang telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya kepada pengadu.

“Ibu kandung yang dipercayai bernama Sheron meninggalkan bayinya pada jam 5 petang, 28 April lalu di perhentian bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tinangol, Kudat.

“Sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai ibu kandung kanak-kanak tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Connie berharap perkara itu dapat diuar-uarkan kepada orang awam untuk mengesan waris kanak-kanak ini.

“Sesiapa yang tahu mengenai kanak-kanak ini diminta tampil membantu siasatan di bawah peruntukan seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 (pindaan) 2016.

“Sebarang maklumat, boleh berhubung Pelindung Daerah Matunggong di talian 088-613793,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|