Hajiji serah 158 lembu korban sempena Aidiladha

Hajiji serah 158 lembu korban sempena Aidiladha

Tuaran: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menyampaikan 158 lembu korban sempena Aidiladha yang akan disambut pada Ahad ini kepada 51 wakil masjid dan surau di sekitar Tuaran.

Beliau turut menyampaikan lembu korban kepada wakil pasukan keselamatan di negeri ini iaitu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan; Kem Lok Kawi; Akademi Bomba dan Penyelamat Tuaran; Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sepanggar; Ibu Pejabat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Sabah dan Balai Polis Tuaran.

Hajiji ketika hadir pada Majlis Penyerahan Lembu Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha kepada nasjid dan surau bagi Parlimen Tuaran di Kampung Serusup, Tuaran.

Majlis penyerahan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha itu diadakan di pekarangan Masjid Haji Noor di Kampung Serusup dekat sini, hari ini.

Bercakap kepada media, Hajiji berkata lebih 150 lembu korban itu akan diserahkan kepada beberapa pasukan keselamatan dan kampung di daerah Tuaran selain kepada pasukan serta agensi keselamatan di negeri ini seperti di IPK dan TLDM, sempena sambutan Aidiladha pada tahun ini.

Hajiji menyempurnakan simbolik penyerahan lembu korban sempena Aidiladha kepada masjid dan surau bagi Parlimen Tuaran di Kampung Serusup, Tuaran.

“Selebihnya (lembu) itu akan diagihkan kepada masjid dan surau di daerah Tuaran termasuk di kawasan saya sendiri di DUN (Dewan Undangan Negeri) Sulaman.

“Ibadah korban ini mempunyai sejarah dan signifikan kepada penganut agama Islam untuk kita berkorban dan membantu mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di negeri ini khususnya di Tuaran dan DUN Sulaman.

“Saya berharap sambutan Aidladha ini kita rayakan secara sederhana tapi yang penting kita dapat menghayati nilai-nilai hari raya korban yang dtuntut oleh kita sebagai umat Islam,” katanya.

Yang turut hadir ialah Pegawai Daerah Tuaran, Syahrin Samsir.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|