Enam motosikal tiga roda musnah terbakar

Enam motosikal tiga roda musnah terbakar

Tambunan: Kebakaran membabitkan sebuah garaj di Tambunan Golf and Country Club, di sini, hari ini, memusnah enam motosikal tiga roda.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, semua motosikal berkenaan musnah sepenuhnya selepas api dilaporkan merebak terlalu pantas.

Keadaan motosikal tiga roda yang hanya tinggal rangka selepas hangus terbakar.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.15 petang.

Katanya, seramai tujuh pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran membabitkan garaj berkeluasan 55 meter persegi yang menempatkan motosikal tiga roda.

“Kebakaran berjaya dipadam oleh pekerja sebelum jentera tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi terus melakukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.53 tengah hari tadi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|