Pegawai badan berkanun dipercayai minta suapan RM22,000 ditahan SPRM

Pegawai badan berkanun dipercayai minta suapan RM22,000 ditahan SPRM

Kota Kinabalu: Seorang pegawai sebuah badan berkanun Persekutuan di bawah sebuah kementerian ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, hari ini kerana dipercayai meminta rasuah berjumlah RM22,000.

Suspek berusia 33 tahun yang sebelum ini pernah bertugas di sebuah daerah di Sabah ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu, jam 12.30 tengah hari tadi.

Menurut sumber, suspek dipercayai meminta rasuah berjumlah RM22,000 daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan supaya syarikat itu diberikan kerja-kerja berkaitan pembersihan tanah.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah dalam masa terdekat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|