PDRM akan pantau aktiviti ‘Flashmob’ di seluruh negara

PDRM akan pantau aktiviti ‘Flashmob’ di seluruh negara

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu sebaran video di media sosial yang mengajak orang ramai supaya menyertai aktiviti ‘flashmob’.

Aktiviti berkenaan adalah sebagai membantah kepada kenaikan harga barangan di seluruh negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataan medianya hari ini berkata, masyarakat dinasihatkan supaya tidak menyertai aktiviti berkenaan kerana ia tidak mematuhi syarat mengikut Akta Perhimpunan Awam 2012.

Katanya, tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana penganjur atau peserta yang gagal mematuhi undang-undang berkenaan.

“PDRM akan terus memantau dan memastikan situasi keselamatan negara tidak terjejas dari semasa ke semasa.

“Pada masa sama, masyarakat juga diminta memberi kerjasama dengan tidak membabitkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” tegasnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|