PAS Sabah kesal harga tiket penerbangan mahal

Kota Kinabalu: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah kesal dengan harga tiket kapal terbang yang sangat mahal menjelang perayaan Aidilfitri ini.

Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan berkata, perkara itu tidak sepatutntya berlaku ketika rakyat baru saja memulakan kehidupan seperti biasa.

Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan

“Ekonomi baru sahaja mula meningkat. Ramai yang lama terpisah dengan keluarga juga baru sahaja ingin bertemu semula.

“Sudah dua tahun rakyat tidak dapat menjalankan kehidupan berkeluarga dengan sempurna. Maka tahun ini merupakan peluang yang ada untuk mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini bagi mengulas isu tiket penerbangan yang melonjak naik ketika ini.

Sehubungan itu, Aliakbar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik meminta supaya pihak perkapalan dan syarikat penerbangan bertimbang rasa dan bertolak ansur berhubung harga tiket yang ditawarkan.

“Jangan ambil kesempatan daripada kesusahan rakyat. Apa salahnya harga biasa, saya yakin permintaan lebih tinggi dan boleh menjana keuntungan.

“Kementerian Pengangkutan sewajarnya mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan perkara ini yang acap kali dihadapi oleh rakyat semasa perayaan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|