Pantai Barat A juara Kejohanan Liga Wanita Nasional peringkat negeri Sabah

Pantai Barat A juara Kejohanan Liga Wanita Nasional peringkat negeri Sabah

Kota Kinabalu: Pasukan Pantai Barat A muncul juara Kejohanan Bola Sepak Liga Wanita Nasional peringkat negeri Sabah selepas berjaya menumpaskan pasukan Pantai Barat Selatan A dengan jaringan 5-0, semalam.

Dalam perlawanan akhir yang diadakan di padang SAFA, di sini, Pantai Barat A berjaya meraihkan hadiah wang tunai RM5,000 berserta sebuah piala dan medal.

Manakala pasukan Pantai Barat Selatan A pula membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan medal.

Tempat ketiga pula dimenangi secara bersama Pantai Barat B dan Pedalaman Atas B dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan medal.

Sementara itu, Pemain Pantai Barat A, Usliza Usman yang menjaringkan 13 gol sepanjang kejohanan itu diisytiharkan sebagai penjaring terbanyak dan menerima hadiah wang tunai serta sebuah trofi.

Hadiah disampaikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Dr Jelani Hamdan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita SAFA.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|