Orang ramai disaran manfaat program komuniti kesihatan

Orang ramai disaran manfaat program komuniti kesihatan

Kota Kinabalu: Orang ramai di negeri ini terutama golongan sasar disaran supaya memanfaatkan program berbentuk komuniti kesihatan yang disediakan kerajaan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ada pelbagai program komuniti kesihatan yang disediakan termasuk pemeriksaan kesihatan kepada golongan sasar.

Shahelmey ketika melawat proses Saringan kesihatan yang dijalankan dalam bas klinik bergerak LPPKN di Kapayan Kota Kinabalu.

Katanya, pemeriksaan kesihatan seperti mamogram, ujian gula atau kolestrol yang biasanya berkemungkinan dikenakan caj turut disertakan dalam program yang dianjurkan kerajaan negeri.

“Untuk saringan mamogram di Sabah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memperuntukan kouta sebanyak 2,000 orang di mana ujian itu adalah percuma untuk 2,000 penduduk di Sabah.

“Sekiranya ujian mamogram dilakukan di klinik swasta, ia akan memakan kos lebih kurang RM160,” katanya ketika ditemui ketika melawat program perkhidmatan kesihatan wanita di pekarangan SJKC Shan Tao, di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, program saringan kesihatan merupakan program kemasyarakatan yang diberikan secara percuma dan caj yang diberikan sangat minimum.

“Ia merupakan satu program yang baik kerana terdapat saringan kesihatan seperti memogram, hvpnda dan juga ujian gula dan kolestrol kepada mereka yang hadir dalam program ini.

“Ia merupakan program kemasyarakatan yang diberikan secara percuma dan caj yang dikenakan sangat minimum untuk beberapa ujian yang tertentu,” katanya.

Untuk rekod, program berkenaan merupakan anjuran LPPKN dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Perpaduan di negeri ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|