Orang ramai diminta bantu kesan dua beradik hilang sejak Selasa

Orang ramai diminta bantu kesan dua beradik hilang sejak Selasa

Beluran: Polis daerah ini memohon orang ramai supaya membantu mengesan dua beradik yang dilaporkan hilang sejak 26 Julai lalu.

Kedua-dua kanak-kanak yang dikenali sebagai Nur Hawa Syaqira Jeif, 12 dan adiknya Nurul Syuhada Asyiqim Jeif, 9 tahun dilaporkan hilang dari rumah keluarga mereka di Ladang Monsok, di sini.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata, mengikut laporan diterima, kedua-dua mangsa disedari hilang kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, mengikut bapa mangsa, Jeif Wong, 46, kali terakhir dia melihat kedua-dua anaknya kira-kira jam 8 pagi sebelum keluar ke tempat kerja.

“Sebaik menyedari kehilangan anaknya, bapa mangsa turut menviralkan kehilangan itu di media sosial.

“Selepas itu, ada saksi mendakwa melihat kedua-dua mangsa hilang di Hotel London, Sandakan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Kasim berkata, bagaimanapun setakat ini, kedua-dua mangsa masih gagal ditemui dan operasi mencari sedang giat dijalankan di sekitar Ladang Monsok dan Hotel London, Sandakan.

Sehubungan itu, Kasim berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kedua-dua mangsa boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran ditalian 089-511222.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Fakhrullah Wahad di talian 013-5126121 atau mana-mana balai polis berhampiran.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|