Operasi SAR hari keempat, masih gagal temui adik Jude Angle

Operasi SAR hari keempat, masih gagal temui adik Jude Angle

Beaufort: Operasi hari keempat pencarian adik Jude Angel Jeremy, 18 bulan, yang hilang di Kampung Saliwangan Baru, di sini, sejak Sabtu lalu, masih berdepan jalan buntu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi pencarian membabitkan dua kumpulan berkenaan masih gagal menemui mangsa.

Katanya, kumpulan pertama digerakkan untuk menyusuri sungai menggunakan bot dari batu 60 ke muara Sungai Padas sejauh 63 kilometer.

“Manakala kumpulan kedua pula digerakkan di kawasan belukar serta ladang kelapa sawit dengan radius pencarian seluas 7 kilometer dari lokasi Pos Kawalan Bomba.

“Bagaimanapun, setakat jam 5 petang tadi, mangsa masih gagal ditemui,”katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Adik Jude Angel yang dijaga neneknya dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah dan dipercayai sesat dihutan serta jatuh di sungai.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|