Operasi pencarian hari ketiga, masih diteruskan

Operasi pencarian hari ketiga, masih diteruskan

Beaufort: Operasi hari ketiga pencarian adik Jude Angel Jeremy, 18 bulan, yang hilang di Kampung Saliwangan Baru, di sini, sejak Sabtu lalu, masih diteruskan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi pencarian yang dijalankan hari ini terbahagi kepada dua kumpulan.

Pasukan operasi meneruskan pencarian hari ketiga.

Katanya, kumpulan pertama ditugaskan untuk menyusuri sungai menggunakan bot dari batu 60 ke muara Sungai Padas sejauh 63 kilometer.

“Manakala kumpulan kedua pula ditugaskan untuk melakukan pencarian di kawasan belukar serta ladang kelapa sawit dengan radius pencarian seluas 7 kilometer dari lokasi Pos Kawalan Bomba.

“Bagaimanapun, setakat jam 1.30 petang tadi, mangsa masih gagal ditemui,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Adik Jude Angel yang dijaga neneknya dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah dan dipercayai sesat dihutan serta jatuh di sungai.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|