Norazita cetuskan semangat calon SPM 2021 SMK Pantai, Labuan

Norazita cetuskan semangat calon SPM 2021 SMK Pantai, Labuan

Labuan: Seramai 175 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 SMK Pantai IB World School (IBWS) menyertai Program Sentuhan Kasih Pengetua Terhadap Calon SPM 2021 Siri 1 dan 2 yang diadakan di dewan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Pantai, Aman Rashiak, berkata program khas bersama Pengetua SMK Pantai, Labuan, Norazita Md Nor @ Shamsuri itu untuk mengeratkan hubungan jiwa pengetua dengan calon SPM 2021.

Calon SPM 2021 mendengar amanat yang disampaikan oleh Norazita.

“Program seperti ini dapat mencetuskan semangat dan motivasi dalaman pelajar serta mewujudkan persaingan sihat sesama pelajar,” katanya yang juga penganjur program berkenaan.

Katanya, Siri 1 program itu diadakan pada Jumaat (13 Januari 2022) yang membabitkan tiga kelas iaitu kelas 5 Caring, 5 Communicator dan 5 Reflective manakala Siri 2 pula pada Isnin (17 Januari 2022) membabitkan pelajar kelas 5 Inquirer, 5 Thinker, 5 Principled dan 5 PVMA.

Calon SPM 2021 memberi tumpuan terhadap amanat Norazita.

Semua Penolong Kanan dan guru yang mengajar pelajar Tingkatan 5 turut menghadiri program berkenaan.

Turut diadakan ialah ceramah motivasi dan pembentangan prestasi peperiksaan percubaan SPM 2021 oleh Norazita.

Norazita menyatakan harapannya agar semua calon SPM 2021 dapat membuat persediaan rapi dari segi kandungan mata pelajaran, emosi dan motivasi dalam tempoh dua bulan terakhir menjelang SPM agar dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

“Dalam tempoh dua bulan ini, calon perlu membuat persediaan yang rapi di samping menjaga kesihatan menjelang SPM pada Mac depan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|