Noraidin, Kamaruddin KPD baharu Tuaran dan Papar

Kota Kinabalu: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran dan IPD Papar masing-masing menerima Ketua Polis Daerah (KPD) baharu, semalam.

IPD Tuaran menyaksikan majlis serah tugas antara Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan Raji Husin Suhodin yang menyerahkan jawatan kepada Deputi Superintendan Noraidin Ag Maidin.

Manakala IPD Papar pula membabitkan, Pemangku Ketua Polis Daerah Papar, Asisten Superintendan Rosli Rasi kepada Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka.

Kedua-dua majlis serah terima tugas berkenaan disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah yang diadakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran dan Papar.

Majlis turut dihadiri Ketua Cawangan Khas Sabah, Datuk Mohd Salleh Yahya, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah, Asisten Komisioner Lam Thiam Huat dan Pemangku Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Sabah, Asisten Komisioner Abd Rahman Kassim,.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Jabatan Logistik Dan Teknologi Sabah, Asisten Komisioner Mohd Azmi Omar, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Sabah Asisten Komisioner Khalid Saion serta Pegawai Turus D9, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Superintendan Al-Husin Halil.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|